Saturday, 9 August 2014


PAKEJ MENUNAIKAN UMRAH MUSIM SEJUK(RM 8450)




JADUAL PERJALANAN :

KUALA LUMPUR-JEDDAH/MADINAH
-Berlepas dari Kuala Lumpur ke jeddah.Jemaah dikehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas.Setibanya di lapangan terbang Jeddah dan selesai sahaja urusan imigresen dan kastam,para jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke madinah menaiki bas seterusnya mendaftar masuk hotel.

MADINAH-ZIARAH
-Jemaah akan dibawa ziarah ke makam Rasulullah SAW dan melawat ke tempat-tempat bersejarah dikota Madinah seperti di Perkuburan Baqi,Jabal Uhud,Masjid Quba,Masjid Qiblatain,Masjid Tujuh dan akhir sekali ke pasar kurma diiringi oleh mutawwif kami disana.

MADINAH-MEKAH
-Selepas solat subuh jemaah dinasihatkan mengerjakan ziarah Wida' (selamat tinggal) di makam Rasulullah SAW seterusnya jemaah akan dibawa ke Mekah dan singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk bermiqat ihram (siap sedia berpakaian ihram).Setibanya di Mekah jemaah dibawa ke hotel.Setelah berehat seketika,jemaah akan dibawa untuk melakukan ibadat umrah dibantu dengan mutawwif.

MEKAH-ZIARAH
-Jemaah dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di Kota Mekah seperti Jabal Thur,Padang Arafah,Mudzalifah,Mina dan akhir sekali ke Ja'aranah.Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bemiqat disini (siap sedia dengan pakaian ihram).

MEKAH
-Jemaah bebas melakukan ibadat dan melakukan aktiviti sendiri.

JEDDAH/MADINAH-KUALA LUMPUR 
-Selepas sarapan pagi dan juga tawaf wida',jemaah akan bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR
-Jemaah akan tiba di Kuala Lumpur.InsyaAllah.




HARGA TERMASUK : 
-Tiket pergi dan balik
-Cukai lapangan terbang dan insuran penerbangan
-Tips kepada mutawwif dan pemandu bas
-Makanan sebagaimana aturcara
-Penginapan hotel
-Pengangkutan 
-Air zamzam
-Bagasi